Nuffnang Ads

Saturday, 25 July 2015

Rezeki


Today is the day that one of my cousin Abg Yap flying off to Saudi Arabia. His turn after me. Alhamdulillah rezeki dari-Nya yg pasti Abg Yap sendiri tak pernah sangka. Dia dihantar kesana untuk bekerja selama 3 bulan di Mekah and dalam masa yg sama boleh buat umrah banyak kali dan dapat buat Haji. Subhanallah. Akan ku kirim doa-doa darinya disana.

Bercakap tentang rezeki. Bagi I, rezeki ni sangat luas. Walhal untuk benda-benda kecil yg tak pernah kita sangka kita akan dapat. Walaupun kecil, ya itu tetap rezeki. Dulu mama pernah cerita, dia juga pernah ditawarkan untuk bekerja di Kota Mekah dalam kejuruteraan selama 5 tahun. Tapi mama tak pergi sebab nanti abah takde kerja dekat sana. Kalau mama terima tawaran tu, mesti I fasih berbahasa Arab and acah-acah orang Arab. Mungkin.. tapi mama tak terima tawaran tu. Mungkin dah jadi takde rezeki?

Rezeki.

I selalu baca, orang yg tak berpelajaran tinggi jangan disangka masa depannya gelap. Orang yg waktu sekolah dia hanya kelas bahawan tapi dapat jadi pemilik syarikat dan pekerja-pekerjanya pula ialah orang yg berada di dalam kelas yg teratas dan bijak pandai sewaktu di sekolah. I selalu perhati, zaman sekarang orang menilai seseorang tu dengan pointer, sampai setakat mana dia belajar itulah yg orang pandang. Orang berlumba-lumba nak anak pandai. Yela siapa je nak anak tak pandai kan?

Haritu I tak menang contest tag and win dekat Instagram win duit raya RM1000. Siap buat solat hajat. Tapi Allah lebih mengetahui. I tak menang pun contest tu. I bagitahu mama, I sedih sebab tak menang. Mama cakap, buat apa nak sedih dah tu bukan rezeki. Mungkin ada benda lain yg Allah nak bagi. I redha. I tak pernah kesal pun untuk apa yg I minta selama ni tapi tak dapat sbb I yakin Dia maha mengetahui apa yg selayaknya untuk I. Mana mungkin Dia tak sayang I sebab before ni pun Dia dah bagi banyak benda yg I tak pernah sangka I akan dapat lebih-lebih lagi untuk sampai ke rumah-Nya.

Umur and kesihatan yg baik tu juga rezeki dari-Nya. Ni semua pinjaman, ada orang diuji dengan rezeki kaya raya, ada orang diuji dengan kemiskinan dan sebagainya.

Ya Rabb, terima kasih untuk segalanya.

- AN.